profile
 links
 tag
Assalamualaikum
Duhai HATI,
Janganlah engkau terkorban dengan dunia,
Hidup ini sebenarnya untuk mencari MATI yang sempurna

Being born as a Muslim ,
does not make you a better person.
It's not how you start the race.
It's how you end it..
Subhanallah..

-->

Sunday, July 15, 2012

Mereka berkata..


Mereka kata aku ustazah kerana tudungku yang labuh dari tudungku yang sebelumnya.
Mereka kata aku 'alim kerana aku permergian aku ke usrah yang berkala pada setiap minggu.
Mereka kata aku warak kerana aku berstokin, ber'handsocks', berjubah.
Mereka kata aku solehah kerana acap kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah & sebagainya.
Tetapi jauh di sudut hatiku,
mahu saja aku menangis sekuat hati bila terdengar bisikan-bisikan & suara-suara itu kerana aku tahu aku masih belum mampu mencapai tahap itu.
Sememangnya aku tahu kerana aku sedang bertarung dengan diriku sendiri.
ketahuilah bahawa ianya bukanlah mudah.
Hatiku, hanya Allah yang bisa memahami walaupun tak terungkap dengan kata-kata.
Aku masih & tetap akan terus merintih pada Dia kerana aku tahu aku masih berada di dalam lautan kekurangan.

Kadang-kadang aku tergelincir kerana jalan kehidupanku penuh dengan nikmat-nikmat.
Kadang-kadang aku terluka kerana jalan kehidupanku penuh dengan paku-paku kecil yang bertabur di tengah jalan.
Kadang-kadang aku terhantuk kerana jalan kehidupanku adakalanya terasa sempit.
Kadang-kadang aku terduduk sendiri kerana adakalanya aku kesunyian dalam meniti jalan kehidupanku yang aku sendiri tak tahu bila & di mana penghujungnya.
Ya Allah, moga mereka yang berada di sekelilingku berkehendak redha-Mu sepertimana jua aku.
Cintailah mereka-mereka yang aku cintai hanya kerana-Mu.
Aku begini bukan hanya untuk diriku tetapi untuk mereka jua.
Maafkan aku kerana kadangkalanya aku khilaf. Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..

Aku dalam proses 'mengambil hati-Nya'.
Aku dalam proses 'mengetuk pintu hati-Nya'.
Aku dalam proses 'menggapai cinta-Nya'.
Aku dalam 'proses' menagih redha-Nya'.
Umurku hampir mencecah 20 tahun tetapi sepertinya tiada apa yang sudah aku lakukan.

Sebak hati tatkala aku terbayang,
bilakah waktu terakhirku.
dimanakah tempat terakhirku.
siapakah orang yang terakhir berada denganku.
dengan cara apakah aku mengakhiri cerita hidupku
Ya Allah, permudahkalah saat-saat, detik-detik
waktu terakhir kami di atas dunia yang penuh dengan tipu daya ini.
Aaamiin Ya Rabb..
credit to : Allah seeker